Churping!

ads ads ads adsads

Friday, 25 May 2012

Personal: iPhone dan Beras?? Cara untuk keringkan iPhone menggunakan beras.

 

Assalammualaikum!

300-384-large

Nak update entry sebelum pergi solat Jumaat, aku tengah sedih sebab baru je aku dapat enjoy WHATSAPP application menggunakan iPhone aku dengan Cik Pelangi. Huhu! Nasib aku guna dua phone. iPhone aku rosak masuk air semalam gara-gara hujan lebat masa aku tengah rider balik rumah dari kerja. Ciskek! Tak sempat nak berhenti maa.. Seriusly aku cakap. Sedih!

Bila aku search how to fix water damage iPhone di Google, ada yang mengatakan ‘seal the iPhone with silica gel’. Ala, kalau you all selalu beli kasut, mesti ada satu paket berwarna putih mengandungi bijian kecil dalam kotak kasut tu. Fungsinya adalah untuk menyerap lembapan dari kasut baru. Ternyata banyak testimoni mengatakan teori ini berjaya. Sila lihat komen2 di bahagian bawah artikel ni.

Silica_gel_bag_open_with_beads

Haa.. cara lain adalah menggunakan beras dimana beras jugak menyerap lembapan sebelum menjadi nasi. Tanpa air, nasi tak jadi. Lebih air, bubur terjadi.

Di bawah adalah gambar dimana aku menggunakan cara yang diajar dalam artikel tadi.

DSC02318

1

DSC02319

2

DSC02321

3

DSC02320

4

DSC02322

5

DSC02323

6

Jangan lupa tutup tupperware tersebut ketat-ketat dan letakkan di tempat yang panas. At least 2 days afterwards, you can try to turn it on. Aku baru je buat langakah-langkah ni, nasib la emak aku spoting. Tak tahulah boleh guna lagi ke tak sebab aku dah kasi cium kat  lantai 3 kali ini iPhone malam tadi. hik3

Iphone aku ni sebenarnya keluaran generasi pertama Apple,dan ini pun pemberian orang. Nak hantar service pun tokey tak mampu buat dan mest makan cost. Lebih baik aku simpan duit beli Galaxy ACE macam Cik Pelangi guna. Untungla beliau!

Ok lah, masa untuk siapsiap dengar khutbah! Chow!

Notakakicagu: Aku rasa handphone lain pun boleh guna cara ni. tapi macam leceh jee..

Suri,anak Tom Cruise yang lebih matang dari usia.

 

Siapa yang tak kenal Tom Cruise, pelakon kacak yang dari dulu hingga sekarang menjadi pujaan ramai wanita (phuii) dan isteri beliau, Katie Holmes yang cantik jelita menjadi idaman setiap lelaki serta kaki hidung belang (haak phuii). Jadi dengan gandingan kacak dan jelita ini pastinya memberi ‘output’ yang tak kurang hebat.

suri-cruise


Suri, anak kepada gandingan si kacak dan si jelita juga mewarisi kejelitaan ibu beliau. Gambar yang dipaparkan diambil ketika Suri dan ibunya berjalan keluar dari sebuah kedai makan dengan membawa secawan kopi (minuman yang asing bagi kanak-kanak seusia beliau)

suri 2


Kanak-kanak ini dikatakan mempunyai citarasa fesyen yang cukup tinggi dan penampilannya dilihat melangkaui usia sebenar. Beliau kelihatan 10 tahun lebih matang dari usia sebenar beliau iaini 6 tahun pabila mengenakan sedikit gincu di bibir mulusnya. Dan apa yang membezakannya ialah anak patung yang sering menjadi peneman beliau kemana saja beliau pergi.

notakakicagu: My gosh! Can’t wait to see her next 15 years! I wish my future daughters are more gorgeous than her! *facepalm

sumber!

Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along.

 

Assalamualaikum dan salam Jumaat, penghulu hari.

Hari ini aku nak mulakan entry dengan join satu segmen dari Chegu Along. cnYaX

Ini adalah syarat penyertaan:

1. Mestilah seorang blogger.

2. Follow blog Chegu Along. (wajib)

3. Klik like pada page Chegu Along. (tak wajib)

4. Pastikan tajuk entri : Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along.

5. Copy banner kat atas tu :  "Saya Blogger Hot" dan paste dalam entri anda.

6. Paksa 3 kawan anda join segmen ni.

7. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen di bawah. (ruang lain, batal penyertaan. hahaha *kejam!*)

Selain itu, 5 hadiah misteri juga menanti peserta segmen ini!

Tarikh tutup : 16 JUN 2012!

Nak tag mereka yang suka join segmen,

Cik Pelangi, Cik Myza, dan Fariz Reza!

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping